Perlindungan Hak Tertuduh bagi Kes Jenayah Syariah di Malaysia: Analisis Perbandingan

Pengarang

  • Suhaizad Saifuddin Pusat Kajian Undang-undang Malaysia dan Perbandingan, Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Intan Shafinaz Mohamadi Hamidi & Farid, No. 231-1A, 232-1A, Jalan Haruan 5/6, Pusat Komersil Oakland II, 70300 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.37052/kanun.37(2)no6

Abstrak

Hak tertuduh merupakan prinsip signifikan dalam kes jenayah. Pencabulan terhadap hak tertuduh sering menjadi isu yang hangat dibincangkan. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis hak tertuduh bagi kes jenayah syariah di Malaysia dan membandingkannya dengan sistem perundangan Common Law dan perspektif Islam. Kajian ini juga dilakukan untuk mengenal pasti kelemahan dan cabaran dalam pelaksanaan hak tertuduh bagi kes jenayah syariah di Malaysia, seterusnya mencadangkan penambahbaikan untuk memastikan hak tertuduh dilindungi secara lebih komprehensif dan adil. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu data diperolehi melalui sumber primer, seperti statut perundangan dan kes yang dilaporkan, di samping sumber sekunder, seperti buku dan artikel jurnal. Data yang diperoleh dianalisis menerusi kaedah analisis perbandingan dan analisis deskriptif. Dengan berdasarkan hasil kajian, didapati bahawa Islam dan undang-undang melindungi hak tertuduh dengan sewajarnya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelompongan undang-undang dan kelemahan yang berkaitan dengan perlindungan hak tertuduh terhadap jenayah syariah berjaya dikenal pasti. Menerusi makalah ini, pengkaji mencadangkan agar peruntukan undang-undang dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah ditambah baik bagi memastikan hak tertuduh dilindungi secara lebih menyeluruh, seterusnya memperkasakan sistem pentadbiran keadilan jenayah syariah di Malaysia.

Kata kunci: Jenayah, hak tertuduh, undang-undang syariah, Common Law, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah, Kanun Tatacara Jenayah

Teks penuh: PDF

Rujukan

Diterbitkan

2025-07-31