Peranan Kesatuan Majikan dalam Perhubungan Perusahaan di Malaysia

Pengarang

  • Kamal Halili Hassan Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43650 Bangi, Selangor, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.37052/kanun.37(2)no1

Abstrak

Pengkaji menganalisis peranan kesatuan majikan dalam konteks perhubungan perusahaan di Malaysia dalam makalah ini. Kesatuan majikan ialah gabungan majikan yang berurus niaga atau bergiat dalam pelbagai sektor perusahaan di Malaysia. Terdapat kesatuan atau persekutuan majikan yang mewakili pengusaha dalam pelbagai sektor ekonomi, dan kesatuan majikan yang mempunyai ahli yang khusus yang menjalankan usaha niaga yang tertentu atau serupa. Pengkaji memfokuskan peranan kesatuan tersebut dalam pelbagai aktiviti, seperti sumbangan terhadap penggubalan perundangan, perundingan kolektif dan penyelesaian pertikaian perusahaan. Analisis makalah ini bertitik tolak daripada persoalan berkisarkan peranan kesatuan majikan, terutamanya dalam penggubalan dasar perhubungan perusahaan di Malaysia. Dalam hal ini, timbul persoalan, sama ada kesatuan majikan sentiasa membantah atau memberikan kerjasama kepada kerajaan dalam penggubalan polisi dan perundangan perhubungan perusahaan. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif, pengkaji menganalisis arah aliran dan pola tindakan kesatuan majikan dalam perhubungan perusahaan melalui rujukan statistik, laporan persatuan, buku dan artikel jurnal. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesatuan majikan memberikan sumbangan besar dan bermakna terhadap dasar buruh negara, sama ada melalui peranannya dalam aspek merangka atau meminda perundangan baharu, perundingan kolektif, atau dalam proses penyelesaian pertikaian perusahaan.

Kata kunci: Kesatuan majikan, kesatuan sekerja, perhubungan perusahaan, perundingan kolektif, pertikaian perusahaan

Teks penuh: PDF

Rujukan

Diterbitkan

2025-07-31