Perbuatan Menggoda Pasangan yang Berkahwin: Pertimbangan Undang-undang dan Moral selepas Pemansuhan Seksyen 498 Kanun Keseksaan

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/kanun.37(1)no6

Abstrak

Pengkaji membincangkan pemansuhan Kesalahan Memikat Wanita yang Sudah Berkahwin di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan dan mengenal pasti undang-undang yang berkaitan dengan moral dan perzinaan dari perspektif agama dan sejarah. Pengkaji turut mengemukakan cadangan untuk menggantikan peruntukan yang telah dimansuhkan dengan undang-undang yang lebih sesuai. Metodologi yang digunakan ialah pendekatan kajian campuran, serta melibatkan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Data diperoleh melalui kajian kepustakaan, dokumentasi dan soal selidik, yang kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan dan deskriptif secara frekuensi dan peratusan. Pengkaji mendapati bahawa pemansuhan Seksyen 498 selaras dengan prinsip hak asasi kesamarataan gender seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, perbuatan zina ialah kesalahan yang bertentangan dengan nilai budaya, moral dan agama, terutamanya bagi masyarakat Islam di Malaysia. Pemansuhan peruntukan ini berpotensi untuk memberikan implikasi negatif terhadap institusi kekeluargaan dan sosial di negara ini. Oleh itu, menerusi makalah ini, pengkaji mencadangkan penggubalan peruntukan baharu untuk menangani kesalahan menggoda pasangan yang telah berkahwin, sama ada suami atau isteri orang lain. Peruntukan ini diperlukan utuk menjamin kesamarataan gender, selaras dengan prinsip yang dipegang dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kata kunci: Jenayah, memikat isteri orang, moral, perzinaan, keluarga, masyarakat

Teks Penuh: PDF

Rujukan

Diterbitkan

2025-01-28