Legitimasi: Kaedah Penentuan Nasab dan Hak Anak Tidak Sah Taraf Menurut Undang-undang Keluarga Islam Malaysia
LEGITIMASI: KAEDAH PENENTUAN NASAB DAN HAK ANAK TIDAK SAH TARAF MENURUT UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM MALAYSIA
DOI:
https://doi.org/10.37052/kanun.37(1)no5Abstrak
Legitimasi dalam konteks undang-undang keluarga Islam merujuk status sah atau tidak sah seseorang anak dalam sebuah perkahwinan berdasarkan undang-undang Islam. Legitimasi menentukan nasab anak, sama ada yang dilahirkan dalam tempoh perkahwinan atau luar tempoh perkahwinan. Perkara yang membezakan antara anak tidak sah taraf dengan anak sah taraf ialah kaedah penentuan nasab dan hak yang dimiliki oleh anak sah taraf. Anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada bapanya walaupun bapa biologinya. Dalam hal ini, anak itu tidak boleh mewarisi harta, mendapat nafkah atau berada di bawah jagaan bapanya. Kesannya, anak ini mungkin berasa terpinggir dan rendah diri. Kajian ini dilakukan untuk meneliti hak yang diperoleh oleh anak tidak sah taraf. Dalam kajian ini, turut dibincangkan kaedah penentuan nasab dan dicadangkan cara untuk menjelaskan hak tersebut. Kajian ini berbentuk kualitatif melalui kaedah penyelidikan perpustakaan, iaitu bahan yang dianalisis secara kritis. Pengkaji mendapati bahawa terdapat tiga kaedah utama dalam penentuan nasab, dan anak pula, sama ada yang sah taraf atau yang tidak sah taraf, mempunyai hak yang dilindungi di bawah undang-undang Islam, begitu juga undang-undang keluarga Islam di Malaysia.
Kata kunci: Anak tidak sah taraf, undang-undang Islam, kaedah, hak, cadangan, legitimasi
Teks Penuh: PDF
