Isu dan Cabaran dalam Usaha Menghadapi Jenayah Siber di Malaysia

Pengarang

  • Mahyuddin Daud Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 50728 Kuala Lumpur, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.37052/kanun.37(1)no1

Abstrak

Keadaan jenayah siber di Malaysia makin membimbangkan dengan pelbagai kes yang melibatkan penggodaman, penipuan dalam talian, serangan perisian hasad dan kebocoran data. Walaupun terdapat lebih daripada 30 undang-undang yang berkaitan dengan aktiviti siber, pelaksanaan undang-undang ini masih kurang berkesan untuk menangani ancaman yang makin kompleks. Dalam kajian ini, analisis data dilakukan secara kualitatif. Oleh itu, pengkaji menganalisis isu dan cabaran untuk mengatasi jenayah siber di Malaysia. Antara cabaran utama yang ditemukan termasuklah perubahan pesat teknologi, definisi jenayah siber yang terus berkembang, isu bidang kuasa dalam siasatan rentas sempadan dan kekurangan keterangan digital. Di samping itu, kesukaran untuk mengenal pasti lokasi sebenar penjenayah siber dan masalah pemeliharaan data digital turut menjadi penghalang utama bagi siasatan dan pendakwaan yang berkesan. Menerusi kajian ini, pengkaji mencadangkan penambahbaikan terhadap undang-undang siber sedia ada, termasuklah pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 untuk memperkukuh penguatkuasaan dan penyiasatan jenayah siber. Dengan adanya pendekatan yang lebih dinamik, undang-undang ini menjadi lebih responsif ke arah mengurangkan risiko terhadap ancaman siber yang berkembang pesat.

Kata kunci: Jenayah siber, definisi jenayah siber, penyiasatan rentas sempadan, forensik digital, rangka kerja undang-undang, keselamatan digital

Teks Penuh: PDF

Rujukan

Diterbitkan

2025-01-28