Keruntuhan Institusi Kekeluargaan dan Perzinaan Remaja Muslim di Malaysia

Pengarang

  • Wan Abdul Fattah Wan Ismail Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Zuriatunfadzliah Sahdan Fakulti Sains Kemanusiaan, Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia
  • Ahmad Syukran Baharuddin Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Lukman Abdul Mutalib Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Nik Salida Suhaila Nik Saleh Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Zulfaqar Mamat Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.
  • Syh Noorul Madihah Syed Husin Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia
  • Mohamad Aniq Aiman Alias Faculti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37052/kanun.35(1)no2

Abstrak

Institusi kekeluargaan ialah persekitaran utama yang mencorakkan kehidupan seseorang remaja. Tanpa pemantauan dan didikan yang betul daripada ibu bapa dan keluarga, remaja terdedah kepada perbuatan yang boleh meruntuhkan sahsiah, seperti terlibat dalam aktiviti perzinaan. Oleh sebab itu, kajian ini dilakukan untuk memerihalkan faktor keluarga yang menyumbang kepada perzinaan remaja Muslim di Malaysia. Dengan menggunakan kaedah kualitatif, responden kajian yang terdiri daripada 12 peserta kajian telah ditemu bual. Penyelidik telah menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur yang melibatkan fleksibiliti temu bual dengan soalan terbuka. Data yang diperoleh daripada hasil temu bual kemudiannya dianalisis untuk mendapatkan hasil kajian. Hasil penyelidikan ini mendapati bahawa terdapat beberapa faktor keluarga yang menyumbang kepada perzinaan remaja. Faktor ini ialah perceraian ibu bapa, kegagalan komunikasi antara ibu bapa dengan anak, pengongkongan yang keterlaluan, ketiadaan didikan agama, keluarga yang berzina, pengambilan dadah dan yang paling serius ialah pengeksploitasian remaja untuk pelacuran oleh keluarga sendiri. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa asas pembentukan institusi kekeluargaan Islam di negara ini perlu diteliti semula dan dipantau dengan sebaik-baiknya agar mampu menyediakan persekitaran yang selamat kepada remaja, seterusnya menghindari perlakuan zina.

Kata kunci: Sahsiah, faktor keluarga, keruntuhan institusi kekeluargaan, remaja, Muslim, perzinaan

Teks penuhPDF

Rujukan

Diterbitkan

2022-12-30