Perlindungan Hak Warga Emas dalam Perundangan di Malaysia

(Elderly Rights Protection in Malaysian Legislation)

Pengarang

  • Hasiah Mat Salleh Fakulti Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, 25150 Kuantan, Pahang, Malaysi
  • Mohd. Norhusairi Mat Hussin Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia
  • Raihanah Hj Abdullah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37052/kanun.34(1)no1

Abstrak

Warga emas adalah golongan rentan yang perlu dilindungi dan dibela berikutan jasa dan sumbangan mereka yang amat besar terhadap agama dan negara. Namun dewasa ini faktor urbanisasi, kerjaya dan pendidikan telah menjadikan golongan ini mula dipinggir dan diabaikan. Kes-kes penderaan juga sering dipaparkan dimedia massa mahupun media cetak berikutan peningkatan populasi warga emas Malaysia dan dunia. Kajian ini adalah bertujuan melihat perlindungan warga emas yang sedia ada dalam perundangan negara bagi meneliti sejauhmana hak-hak warga emas dilindungi. Kajian dilakukan menggunakan pendekatan kualitatif melalui kajian keperpustakaan dan dianalisis secara analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan perundangan yang ada telah melindungi hak-hak warga emas secara umum namun masih belum menyeluruh dalam memenuhi keperluan hak-hak warga emas. Oleh yang demikian adalah perlu suatu pindaan kepada perundangan sedia ada atau penggubalan perundangan khusus untuk warga emas dilakukan bagi memenuhi keperluan tersebut.

Kata kunci: Perlindungan warga emas, hak warga emas, pindaan perundangan, perundangan sivil, undang-undang Islam, Malaysia

Teks penuh: PDF

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2022-01-02