Penguatkuasaan Undang-undang dalam Isu Penjualan Barang Tiruan: Perbandingan antara Malaysia dengan United Kingdom
(Enforcement of Law on the Issue of Sale of Counterfeit Goods: A Comparison between Malaysia and United Kingdom)
DOI:
https://doi.org/10.37052/kanun.34(1)no4Abstrak
Penjualan barang tiruan merupakan suatu tindakan yang menyalahi undang-undang apabila peniaga meletakkan cap dagangan pengeluar asal pada barangan yang bukan asli. Tindakan ini sering kali dibawa dan dikemukakan di mahkamah mengikut Akta Hak Cipta 1987, Akta Cap Dagangan 1976 dan Akta Perihal Dagangan. Walau bagaimanapun, meskipun terdapat pelbagai penguatkuasaan undang-undang untuk memastikan kegiatan ini dapat dihapuskan, masih banyak kes yang melibatkan penjualan barangan tiruan berlaku yang merugikan masyarakat. Melalui kajian ini, kerangka perundangan yang tertentu telah dikenal pasti dapat membendung hal ini daripada berlaku. Perbandingan penguatkuasaan undang-undang antara negara Malaysia dan negara United Kingdom, serta cadangan penambahbaikan juga turut telah dibincangkan dalam artikel ini. Hasil kajian mendapati penguatkuasaan yang sedia ada sudah cukup berkesan. Namun begitu, sekiranya ditambah baik dengan mewujudkan akta yang komprehensif, mencontohi sistem penyelesaian di United Kingdom yang menawarkan nasihat dan penyelesaian paling sesuai kepada pengadu secara dalam talian, usaha ini akan dapat mengurangkan bilangan kes penjualan barang tiruan di Malaysia dengan lebih berkesan.
Kata kunci: Penguatkuasaan undang-undang, penjualan barang tiruan, Akta Hak Cipta 1987, Akta Cap Dagangan 1976, Akta Perihal Dagangan, United Kingdom
Teks penuh: PDF
