Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam Kes Indira Gandhi: Implikasi Dan Solusi
(Federal Court Verdict in Indira Gandhi Case: Implication and Solution)
DOI:
https://doi.org/10.37052/kanun.33(2)no7Abstrak
Artikel ini membincangkan keputusan kes Indira Gandhi pada peringkat mahkamah persekutuan dan konflik bidang kuasa antara mahkamah sivil dengan mahkamah syariah dalam isu pembubaran perkahwinan melalui seksyen 51 Akta 164 serta penentuan agama kanak-kanak. Tujuannya adalah untuk mencari penyelesaian apabila timbul pertikaian undang-undang antara kedua-dua mahkamah tersebut. Metode yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah perpustakaan dan perbandingan. Perbandingan dilakukan antara kes-kes yang berkaitan, antaranya termasuklah kes Subashini, Nyonya Tahir dan Fatimah Tan. Begitu juga, perbandingan dibuat berkaitan dengan takrifan istilah parent dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta/Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Negeri-negeri. Selain itu, perkembangan terkini berkenaan dengan seksyen 51 Akta 164 turut dikaji. Hasil analisis dan perbandingan mendapati bahawa perkataan parent mempunyai tafsiran yang pelbagai. Keputusan kes ini juga bakal memberikan implikasi "duluan mengikat" terhadap kes penentuan agama kanak-kanak dan mempersoalkan bidang kuasa mahkamah syariah dalam isu-isu tertentu seperti bidang kuasa semakan semula.
Kata kunci: Pentadbiran Undang-undang Islam, konflik bidang kuasa mahkamah, Ahmad Ibrahim, Seksyen 51, Akta 164
