Umur Pesalah Kanak-kanak: Ketidakseragaman dalam Enakmen Jenayah Syariah dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah di Malaysia

Pengarang

Abstrak

Makalah ini memaparkan peruntukan dua enakmen, iaitu Enakmen Jenayah Syariah dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah dan membandingkan dengan hukum jenayah syariah dari sudut penentuan umur dan kedudukan kanakkanak yang berkonflik dengan undang-undang jenayah syariah melalui pencerakinan pendapat para ulama dan fuqaha Islam. Pendekatan ini bagi memastikan sejauh mana setiap peruntukan yang berbeza tersebut patuh kepada syariah. Daripada penelitian ini didapati terdapat lakuna dalam perundangan jenayah syariah di negeri dalam perkara ini. Oleh itu, timbul keperluan untuk meneliti dan mengkaji semula peruntukan sedia ada. Analisis menunjukkan setiap ketetapan "baligh" dalam peruntukan Enakmen Jenayah Syariah negeri tersebut dikukuhkan oleh pandangan ulama dan fuqaha yang sememangnya juga khilaf dalam perkara ini. Demikian juga ketetapan umur pesalah muda dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah negeri di Malaysia sebagai seseorang yang berumur tidak kurang dari sepuluh tahun dan tidak melebihi 16 tahun, masih boleh dipertikaikan jika merujuk ketetapan baligh tersebut.

Kata kunci: pesalah kanak-kanak, pesalah muda, baligh, jenayah syariah, prosedur jenayah syariah

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2012-06-01