Functus Officio: Sempadan "Terpakai" dan "Tidak Terpakai"

Pengarang

  • Abdul Aziz Hussin Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia

Abstrak

Salah satu aspek penting dalam pengurusan undang-undang adalah berkaitan dengan "keputusan". Sesuatu keputusan akan menetapkan hala tuju berkaitan tindakan yang akan diambil, termasuk dalam membuat rayuan. Makalah ini membincangkan kemuktamadan sesuatu keputusan yang membawa kepada persoalan utama perbincangan, iaitu "functus officio". Untuk tujuan itu, makalah ini membincangkan aspek "functus officio" dari segi konsep, pemakaian (termasuk pemakaian dalam bidang khusus), implikasi, serta pengecualiannya.

Kata kunci:functus officio, keputusan, terpakai, tidak terpakai

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2013-12-01