Pengharmonian Prinsip Khiyar Al-Ru'yah dalam Transaksi Perniagaan di Malaysia

Pengarang

Abstrak

Islam melarang berlakunya pembohongan, ketidakjujuran, pemalsuan dan tipu helah dalam mana-mana transaksi perniagaan. Islam telah menyediakan suatu penyelesaian yang praktikal bagi kedua-dua pihak yang terlibat dalam mana-mana perjanjian kontrak yang melibatkan pembekalan barangan tidak berkualiti, iaitu hak untuk memilih atau haqq al-khiyar. Berdasarkan prinsip al-khiyar, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan pembekalan barangan mengikut perjanjian kontrak dapat mempertimbangkan semula keputusannya sama ada meneruskan kontrak tersebut atau membatalkannya. Penulisan ini bertujuan membincangkan prinsip haqq khiyar al-ru'yah (hak pilihan pemerhatian) sebagai salah satu hak untuk memilih seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang Islam serta pengharmoniannya dengan prinsip pilihan bagi ketidakpatuhan terhadap perihalan atau sampel dalam Akta Pelindungan Pengguna 1999. Kajian ini menggunakan pendekatan harmonisasi, iaitu analisis dibuat terhadap persamaan dan perbezaan antara prinsip pilihan menurut undang-undang Islam dan dalam undang-undang Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua perundangan, iaitu undang-undang Islam dan undang-undang yang terpakai di Malaysia telah memberikan hak kepada pembeli untuk melaksanakan prinsip khiyar al-ru'yah dalam sesuatu kontrak dengan memenuhi beberapa syarat tertentu.

Kata kunci: prinsip khiyar ru'yah, undang-undang kontrak, undang-undang Islam, harmonisasi undang-undang, ketidakpatuhan terhadap perihalan atau sampel, Akta Perlindungan Pengguna 1999

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2013-12-01