Perlindungan Undang-Undang terhadap Mangsa Salah Laku Pengamal Perubatan di Indonesia dan Malaysia

(Legal Protection for Victims of Medical Practitioner Misconduct in Indonesia and Malaysia)

Pengarang

Abstrak

Tuntutan pesakit terhadap kelalaian dalam perkhidmatan pengamal perubatan kini sudah menjadi kelaziman. Kesalahan pengamal perubatan ini dapat mengakibatkan pesakit mengalami kecacatan ataupun meninggal dunia. Makalah ini membincangkan tentang usaha yang dilakukan untuk mencegah terjadinya salah laku pengamal perubatan, dan undang-undang yang memberi perlindungan mangsa salah laku pengamal perubatan. Makalah ini berdasarkan kajian kualitatif yang dilaksanakan dan melibatkan kaedah perbandingan sosioperundangan. Penyelidikan ini menggunakan pelbagai kaedah pengumpulan data, iaitu kajian kepustakaan, kajian dokumentasi, pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Data dianalisis dengan metode analisis kandungan- ujian t. Dapatan kajian menunjukkan terdapat lima parameter yang memiliki nilai sig < 0.05 yang bererti perlindungan undang-undang terhadap mangsa salah laku lebih baik di Malaysia daripada di Indonesia. Di Indonesia kelalaian dinyatakan dalam Kanun Keseksaan Seksyen 359 dan 360, dan Undang-Undang Nombor 29, Seksyen 1365 dan 1239, manakala di Malaysia dinyatakan dalam undang-undang tort. Di Indonesia perlindungan undang-undang bagi mangsa salah laku masih belum efektif meskipun sudah ada undang-undang Nombor 29 Tahun 2004 kerana secara praktis tidak memihak kepada pesakit tetapi lebih memihak kepada pengamal perubatan.

Kata kunci: Indonesia, Malaysia, kelalaian, perbandingan, pengamal perubatan, undang-undang, salah laku

Biografi Pengarang

  • Asmah Laili Haji Yeon, Universiti Utara Malaysia

    Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2020-04-23