Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013: Tinjauan Awal Kesannya dalam Industri Takaful
(Islamic Financial Services Act 2013: A Preliminary Review on Its Impacts to Takaful Industry)
Abstrak
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 yang berkuat kuasa mulai 30 Jun 2013 telah memansuhkan Akta Takaful 1984 yang menjadi tunjang industri takaful Malaysia selama ini. Akta baharu ini bertujuan menggalakkan kestabilan kewangan dan pematuhan syariah seperti yang diharapkan oleh masyarakat selaku pengguna produk patuh syariah. Penguatkuasaan akta baharu ini sudah tentunya memberikan pelbagai impak terhadap industri takaful. Berdasarkan latar belakang ini, makalah ini akan menganalisis kesan yang timbul dengan kemunculan akta baharu ini. Berdasarkan peruntukan di bawah akta baharu, industri takaful berdepan dengan pelbagai cabaran untuk memastikan kehendak undang-undang dapat dipatuhi selaras dengan tuntutan patuh syariah dalam operasi dan aktiviti pengendalian takaful.
Kata kunci: takaful, syariah, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, hibah bersyarat
