Kesihatan dan Keselamatan Makanan: Kesedaran Pengguna dan Peruntukan Perundangan

(Food Safety and Health: The Law and Consumer Awareness)

Pengarang

Abstrak

Ruang lingkup perundangan kesihatan persekitaran manusia secara umumnya memperkatakan hubungan antara manusia dengan persekitarannya dan ini antara lainnya termasuklah memperundangkan perkara berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan diri setiap orang. Setiap orang merupakan pengguna dan harus diberikan perlindungan. Tiga perkara yang diberikan tumpuan dalam makalah ini ialah makanan, pengendali makanan dan premis makan. Kajian ini mendapati bahawa perkara mengenai makanan, pengendali makanan dan premis makanan telah diperundangkan dengan harapan, kebersihan, kesihatan dan keselamatan setiap pengguna terjamin. Pada masa yang sama keadaan ini dapat mewujudkan keseragaman gaya hidup seharian setiap orang dan membudayakan amalan baik dalam kehidupan. Tiga perkara yang diperundangkan itu tidak bertujuan untuk menimbulkan masalah, menyekat aktiviti ekonomi atau mengikat kebebasan manusia membuat pilihan, tetapi bertujuan mewujudkan persekitaran yang bersih, sihat dan selamat untuk pengguna. Selain itu, dapat menimbulkan kesedaran tentang hak seseorang selaku pengguna di samping memahami erti kesejahteraan hidup.

Kata kunci: pengguna, premis makanan, kandungan makanan, pengendali makanan, perundangan makanan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2014-12-01