Penentuan Harta Pusaka di Malaysia: Kajian dari Perspektif Undang-undang Sivil dan Syariah

(Determination of an Estate in Malaysia: A Study from Civil Law and Syariah Perspectives)

Pengarang

  • Akmal Hidayah Halim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia image/svg+xml
  • Azhani Arshad Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Abstrak

Dalam pentadbiran harta pusaka, perkara yang sering menjadi pertikaian adalah tentang penentuan had dan bentuk harta yang dianggap sebagai harta pusaka si mati sebelum dibahagikan kepada waris yang berhak. Dalam banyak keadaan, tuntutan dibuat oleh pihak berkepentingan supaya harta tersebut dikeluarkan daripada senarai harta pusaka si mati dan tidak dianggap sebagai harta pusaka yang boleh dibahagikan. Makalah ini bertujuan mengenal pasti had dan bentuk harta yang ditinggalkan oleh si mati yang dianggap sebagai harta pusaka dan perlu dibahagikan mengikut pembahagian yang sepatutnya. Perbincangan memfokuskan isu berkenaan akaun bersama, harta penama, pencen terbitan dan ex-gratia, yang selalu menjadi subjek pertikaian sama ada dikira sebagai harta si mati ataupun tidak. Peruntukan undang-undang dan kes berkaitan isu ini dikaji dan dirumuskan bagi memperjelas kedudukan harta tersebut. Makalah ini merumuskan bahawa terdapat keperluan peruntukan undang-undang yang khusus bagi memperjelas kedudukan harta pusaka dengan tepat.

Kata kunci: harta pusaka orang Islam, akaun bersama, akaun penama, pencen, ex-gratia, Malaysia, mahkamah syariah

Biografi Pengarang

  • Akmal Hidayah Halim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

    Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2014-12-01