Ratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap Hak Orang Kurang Upaya: Implikasi dan Realiti dari Dimensi Perundangan dan Kesamarataan

(Ratification of the United Nations Convention on the Rights of Persons with Disabilities: Implication and Reality From A Legal Dimension and Equality of Rights)

Pengarang

Abstrak

Pelbagai isu berkaitan dengan orang kurang upaya (OKU) di negara ini terus-menerus menerima kritikan dan perdebatan memandangkan pelaksanaannya adalah sangat perlahan dan lemah. OKU mempunyai hak untuk hidup seperti insan normal yang lain termasuk perlindungan ketika dalam situasi berisiko dan kecemasan. Antara mekanisme penting menjaga kebajikan OKU ini adalah melalui perundangan.Kerajaan telah menandatangani Konvensyen PertubuhanBangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan Hak-hak Orang Kurang upaya (OKU) sebagai salah satu usaha memperkasa dan melindungi kelompok minoriti ini. Kerajaan telah mengambil inisiatif dengan menggubal Akta Orang Kurang upaya 2008 dan meratifikasikan Konvesyen berkaitan Hak-hak Orang Kurang upaya (OKU) pada tahun 2010 sebagai salah satu komitmen kerajaan untuk mematuhi konvensyen hak asasi antarabangsa selagi tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Artikel ini bertujuan untuk mengupas dan menganalisis peruntukan undang-undang di Malaysia berkaitan dengan OKU dan hak untuk hidup menerusi Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan undang-undang yang releven. Justifikasinya, hal ini memperlihatkan Malaysia sebagai salah satu anggota atau ahli PBB terpaksa menerima pakai undang-undang dan triti antarabangsa berkaitan hak asasi manusia sekiranya tidak bertentangan dengan norma dan nilai tempatan. Pada akhir perbincangan isu ini, dilontarkan beberapa idea sebagai penyelesaian kepada kerajaan untuk menambah baik isu OKU ini agar pada kaca mata masyarakat dunia, Malaysia diiktiraf antara negara yang benar-benar menjaga dan membela nasib OKU seperti dalam Deklarasi dan ratifikasi yang dipersetujui oleh negara ahli dalam Konvensyen PBB berkaitan Hak-hak Orang Kurang Upaya 2008.

Kata kunci: Ratifikasi, Konvensyen Hak-Hak Orang Kurang Upaya (OKU), hak sama rata, hak asasi antarabangsa, undang-undang Malaysia.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2020-07-02