Kebebasan Akademik: Memperkasa Sistem Pendidikan di Malaysia

(Academic Freedom: Strengthening the Educational System in Malaysia)

Pengarang

  • Hasbollah Mat Saad Universiti Multimedia, Melaka

DOI:

https://doi.org/10.37052/kanun.32(1)no6

Abstrak

Kebebasan akademik merupakan antara inti pati dalam pembentukan sesebuah institusi pendidikan tinggi yang bermatlamatkan pendidikan yang holistik dan bersepadu untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan. Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menetapkan hak dan kebebasan kepada semua warganegara untuk menyuarakan pendapat mereka secara bebas. Walau bagaimanapun terdapat banyak peruntukan undang-undang lain yang memberikan kesan terhadap kebebasan akademik di Malaysia antaranya termasuklah; Kanun Keseksaan (Akta 574), Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, dan Perlembagaan bagi setiap institusi pendidikan di Malaysia. Masyarakat yang berteraskan ilmu hendaklah diberikan hak dan kebebasan untuk menyuarakan apa-apa pendapat, idea, penemuan atau pembaharuan yang kemudiannya disalurkan kepada pihak yang berkaitan bagi membangunkan negara. Keterbatasan ruang yang diberikan terhadap hak dan kebebasan ini mengakibatkan "kemandulan" pemikiran masyarakat yang akhirnya menyumbang ke arah penguncupan dari segi keilmuan. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menzahirkan konsep, dan skop yang difikirkan sesuai bagi membantu masyarakat memahami hakikat sebenar keadaan ini dan menjurus kepada pembentukan masyarakat berpengetahuan seperti matlamat yang digariskan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Kata kunci: Kebebasan akademik, peranan, memperkasa sistem pendidikan, masyarakat berpengetahuan.

Biografi Pengarang

  • Hasbollah Mat Saad, Universiti Multimedia, Melaka

    Lecture,

    Faculty of Law,

    Multimedia University, Melaka.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2020-01-03