Pemaknaan Konsep Rahmatan Lil 'Alamin menurut Perlembagaan Persekutuan

(The Meaning of the Concept of Rahmatan lil 'Alamin According to the Federal Constitution)

Pengarang

  • KHAIRUL AZHAR MEERANGANI SENIOR LECTURER, KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA
  • Adam Badhrulhisham Kolej Universiti Islam Melaka image/svg+xml
  • Taufiq A. Rashid Kolej Universiti Islam Melaka image/svg+xml

DOI:

https://doi.org/10.37052/kanun.32(1)no2

Abstrak

Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan kedudukan yang istimewa kepada bangsa Melayu dan agama Islam tanpa mengabaikan kepentingan bangsa dan agama lain sebagai manifestasi kontrak sosial yang telah dipersetujui sekian lama. Namun begitu, pasca PRU-14 telah memperlihatkan bibit-bibit ketegangan mulai tumbuh sehingga membawa kepada lahirnya isu-isu sensitif terutamanya berkaitan agama dan kaum. Maka, gagasan Rahmatan lil 'Alamin (RLA) telah diperkenalkan sebagai suatu pendekatan untuk mengharmonikan kemajmukan masyarakat secara inklusif. Kajian bertujuan mengenal pasti makna sebenar konsep ini menurut Perlembagaan Persekutuan menerusi penelitian terhadap perbahasan para sarjana Muslim dan teks perlembagaan itu sendiri. Dapatan seterusnya dianalisis secara induktif, dan merangkumkan pemaknaan sebenar konsep ini yang bersesuaian dengan tafsiran perlembagaan. Pemahaman yang jelas dan penerimaan kedudukan istimewa Islam dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan kunci utama untuk mewujudkan masyarakat berbilang kaum dan agama yang lebih harmoni dan bertanggungjawab. Penerapan nilai Rahmatan lil 'Alamin seharusnya dilaksanakan dengan menjadikan agenda mendaulatkan kedudukan Islam di Malaysia sebagai tema utama gagasan ini.

Kata Kunci: Islam, rahmatan lil 'Alamin, kemajmukan, Perlembagaan Persekutuan

Biografi Pengarang

  • Adam Badhrulhisham, Kolej Universiti Islam Melaka

    Fakulti Keilmuan Islam


  • Taufiq A. Rashid, Kolej Universiti Islam Melaka

    Fakulti Undang-Undang, Governan dan Hubungan Antarabangsa

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2020-01-03