Perlindungan Kebajikan Warga Emas Gelandangan dan Daif Menurut Akta Orang-Orang Papa 1977: Suatu Tinjauan Perundangan

(Welfare Protection of the Homeless and Poor Senior Citizen under the Destitute Persons Act 1977: A Legal Review)

Pengarang

  • Noor 'Aza Ahmad School of Law, Universiti Utara Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37052/kanun.33(1)no4

Abstrak

Malaysia dilaporkan akan menjadi negara tua pada tahun 2030. Warga emas golongan yang dikenali sebagai "permata dalam pengalaman", sewajarnya mendapat hak kebajikan dan perlindungan khususnya di bawah undang-undang ataupun daripada masyarakat, amnya. Oleh yang demikian, artikel ini membincangkan hak kebajikan warga emas yang dilindungi dengan mengemukakan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977. Penelitian ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan, selain menganalisis peruntukan di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977, juga melihat kes yang dilaporkan berkaitan dengan warga emas yang daif dan uzur di Malaysia. Di samping itu, artikel ini membincangkan peranan pihak agensi kerajaan dalam usaha membantu golongan warga emas yang memerlukan perlindungan dan penjagaan sama ada dalam bentuk bantuan fizikal mahupun kewangan. Artikel ini turut membincangkan tindakan serta cadangan pihak kerajaan yang berhasrat mewujudkan satu akta khusus untuk menjamin hak kebajikan warga emas secara keseluruhan. 

Kata kunci: Warga emas, gelandangan, daif, papa, Akta Orang-Orang Papa 1977

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2021-01-07