Ancaman Tort Kecerdasan Buatan terhadap Manusia: Retorik atau Realiti?

(The Threats of Artificial Intelligence in Tort: Rhetoric or Reality?)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/kanun.32(1)no1

Abstrak

Di sebalik kemampuan artificial intelligent (AI) atau kecerdasan buatan yang memberangsangkan, AI tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan dalam membuat keputusan. Penulisan ini bertujuan untuk menerangkan tentang kelemahan undang-undang tort dalam usaha menangani ancaman yang berpunca daripada AI. Penulisan ini turut membincangkan tentang perkembangan AI di Malaysia untuk menilai sejauh manakah Malaysia bersedia untuk berdepan dengan ancaman perundangan AI. Metodologi kajian yang digunakan dalam penulisan ini berbentuk kualitatif. Data yang disandarkan dalam penulisan ini berpandukan pada prinsip undang-undang tort sedia ada, kes-kes terdahulu yang telah diputuskan oleh mahkamah, penulisan jurnal dan sumber perundangan dalam talian. Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan analisis daripada data yang diperoleh mendapati bahawa AI membawa satu bentuk ancaman baharu dalam perundangan tort. Buat masa ini, Malaysia masih belum mempunyai sebarang persiapan perundangan untuk menghadapi ancaman AI. Jika kelemahan ini tidak diatasi, mangsa tort mungkin akan mengalami kesukaran pada masa hadapan untuk membuat tuntutan pampasan terhadap pelaku tort. 

Kata kunci: kecerdasan buatan, AI, tort, ancaman, personaliti undang-undang

Biografi Pengarang

  • Azrol Abdullah, Universiti Kebangsaan Malaysia



Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2020-01-03