Timbang Tara dan Pengantaraan: Penyelesaian Pertikaian Alternatif untuk Permasalahan Kewangan Islam di Malaysia

(Arbitration and Mediation: Resolution for Islamic financial problems in Malaysia)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/kanun.32(1)no3

Abstrak

Kewangan Islam merupakan sistem kewangan yang beroperasi mengikut prinsip syariah. Ciri-ciri yang terdapat dalam sistem perbankan Islam menyerupai sistem perbankan konvensional, iaitu dari aspek pasaran modal, pengurus dana, syarikat pelaburan, dan syarikat insurans. Lantaran itu, sekiranya terdapat pertikaian yang berkaitan dengan kewangan Islam berlaku, pihak-pihak yang terlibat akan merujuk mahkamah untuk memperoleh penyelesaian. Namun begitu, kedudukan undang-undang di Malaysia menunjukkan bahawa apa-apa pertikaian yang timbul berkaitan dengan urus niaga kewangan Islam akan menjadi bidang kuasa mahkamah sivil dan bukannya dalam bidang kuasa mahkamah syariah. Proses penyelesaian melalui mahkamah selalunya akan mengambil masa yang lama dan memerlukan kos yang tinggi. Oleh hal yang sedemikian, kajian ini akan mengenal pasti mekanisme penyelesaian pertikaian alternatif (PPA) bagi pihak-pihak untuk menyelesaikan pertikaian mereka tanpa perlu pergi ke mahkamah. Penyelesaian pertikaian alternatif dilihat sebagai kaedah yang menekankan aspek pengurangan kos, masa dan perbelanjaan bagi mencapai penyelesaian dalam bidang kewangan Islam. Kajian ini turut menyediakan maklumat secara ringkas mengenai penyelesaian pertikaian alternatif, iaitu timbang tara dan pengantaraan, dari segi ciri-ciri dan kepentingannya dalam penyelesaian pertikaian berkaitan dengan sistem kewangan Islam di Malaysia.

Kata kunci: Kewangan Islam, penyelesaian pertikaian alternatif, timbang tara, pengantaraan

Biografi Pengarang

  • Muhamad Helmi Md Said, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Fakulti undang-undang


  • Ramalinggam Rajamanickam, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Fakulti undang-undang

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2020-01-03