Kajian Perbandingan antara Undang-undang Takaful di Malaysia dengan Indonesia
(Comparatives Studies between Takaful Rules and Regulations in Malaysia and Indonesia)
Abstrak
Negara-negara Asean telah menguasai 30% pasaran takaful global pada tahun 2014. Perkembangan ini telah memberikan kesan yang besar kepada perubahan peraturan dan undang-undang takaful di negara Asean terutamanya di Malaysia dan Indonesia. Perubahan ini perlu dilakukan untuk memastikan peraturan dan undang-undang takaful sentiasa sesuai dengan perkembangan industri takaful global dan mematuhi syariat Islam. Kajian perbandingan ini dilakukan bertujuan untuk menganalisis persamaan dan perbezaan antara peraturan dan undang-undang takaful melalui Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) tahun 2013 di Malaysia dan Undang-undang No. 40 (UU40) tahun 2014 mengenai Insurans di Indonesia. Dapatan kajian ini menunjukkan wujudnya persamaan dan perbezaan undang-undang berkenaan yang disebabkan oleh kerangka perundangan yang berbeza di antara kedua-dua negara. Hasil kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada kawalan perundangan terhadap pengendali takaful di negara-negara Asean terutama di Malaysia dan Indonesia.
Kata kunci: Peraturan dan Undang-undang Takaful, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (2013), Undang-undang No. 40 (2014), Malaysia, Indonesia.
