Cadangan Satu Dokumen Hak Milik di Bawah Kanun Tanah Negara 1965: Antara Teori dan Realiti

(The Proposal for a Single Title System Under the National Land Code 1965: Between Theory and Reality)

Pengarang

Abstrak

Kerajaan Malaysia dalam usaha memantapkan pentadbiran jabatan kerajaan dengan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada para pengguna. Antaranya termasuklah pelaksanaan urus niaga secara elektronik. Hal ini dapat dibuktikan melalui kertas cadangan yang telah dikemukakan oleh Jabatan Pengarah Tanah dan Galian, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Salah satu daripada cadangan tersebut adalah berkaitan dengan pelaksanaan satu dokumen hak milik (geran) sebagai langkah untuk membantu pelaksanaan urus niaga secara elektronik dalam pentadbiran tanah. Cadangan tersebut telah dikemukakan berdasarkan pandangan yang mengatakan sistem sedia ada memperuntukkan dua jenis dokumen hak milik di pejabat pendaftaran hak milik dan di pejabat tanah daerah yang telah menyumbang kepada pembentukan pelbagai pangkalan data pendaftaran tanah pada peringkat negeri. Makalah ini bertujuan untuk membuat analisis sejauh mana satu dokumen hak milik sesuai untuk dilaksanakan dan kaitannya dengan sistem pengkomputeran pendaftaran tanah dan pelupusan tanah secara elektronik.

Kata kunci: dokumen hak milik, pejabat pendaftaran hak milik, pejabat tanah daerah, pihak berkuasa negeri pendaftaran

Biografi Pengarang

  • Azlinor Sufian, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

    Jabatan Undang-Undang Sivil,
    Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim

  • Nor Asiah Mohamad, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

    Jabatan Undang-Undang Sivil, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2015-07-01