Khalwat dalam Kalangan Remaja di Malaysia dan Aceh: Kajian terhadap Pematuhan Syariah

(Khalwat (Close Proximity) Among Youngsters in Malaysia and Aceh: A Study Concerning Shariah Compliance)

Pengarang

  • Noor 'Ashikin Hamid Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu
  • Shariffah Nuridah Aishah Syed Nong Mohamad Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu
  • Lily Suryati Mohd Jamil Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu
  • Nur Amani Pauzai Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu

Abstrak

Khalwat dalam kalangan remaja merupakan kesalahan syariah yang kini semakin membimbangkan bukan sahaja di Malaysia bahkan di Indonesia. Berita dan laporan mengenai tangkapan remaja berkhalwat sering dipaparkan menerusi media cetak dan elektronik. Sekiranya perilaku ini tidak dibendung dan ditangani segera akan mengakibatkan keruntuhan akhlak yang teruk kepada generasi akan datang. Makalah ini menganalisis konsep remaja, kesalahan khalwat menurut syariah dan peruntukan perundangan Aceh dan Malaysia di samping meneliti sejauhmana konsep syariah dipatuhi dalam perundangan Malaysia dan Aceh. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan berbentuk kualitatif, iaitu pengumpulan data dilakukan melalui kajian kepustakaan dan temu bual. Data didapati menerusi penelitian terhadap Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia dan Qanun Syariah Aceh, rujukan terhadap al-Quran, al-Hadith, buku, media cetak dan elektronik serta temu bual dengan beberapa tokoh perundangan dan agama kedua-dua negara. Kajian mendapati bahawa prinsip undang-undang syariah tidak dipatuhi sepenuhnya di Malaysia dan Aceh dan mencadangkan beberapa penambahbaikan dalam memantapkan kepatuhan terhadap syariah.

Kata kunci: khalwat, kesalahan syariah, remaja, Malaysia, Aceh

Biografi Pengarang

  • Noor 'Ashikin Hamid, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu

    Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa

  • Shariffah Nuridah Aishah Syed Nong Mohamad, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu

    Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa

  • Lily Suryati Mohd Jamil, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu

    Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa

  • Nur Amani Pauzai, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu

    Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2015-07-01