Falsafah Pentadbiran Keadilan Jenayah Syariah: Satu Penghayatan Semula
(The Philosophy of the Administration of Syariah Criminal Justice: A Reappraisal)
Abstrak
Makalah ini dinukilkan untuk meletakkan asas kepada penilaian terhadap pentadbiran keadilan jenayah syariah. Pentadbiran keadilan jenayah syariah perlu berpaksi kepada al-Quran dan Sunnah dan bertujuan mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Asas ini dapat dikenal pasti dengan melihat kepada matlamat utama syariah yang juga disebut sebagai maqasid al-syariah. Menegakkan keadilan ialah matlamat asas syariah yang memerlukan pelantikan hakim yang bertakwa di samping arif dalam syariah. Makalah ini merumuskan bahawa kebenaran dan keadilan yang pasti adalah berdasarkan acuan Islam dan perlu dipastikan pentadbiran keadilan jenayah syariah mengikut acuan ini.
Kata kunci: pentadbiran keadilan, maqasid, hak asasi, penyiasatan, hukuman
