Pendekatan Mahkamah Menjatuhkan Hukuman terhadap Kesalahan Zina dan Implikasinya kepada Wanita dan Kanak-kanak: Kajian Kes di Sudan

(The Courts' Approach to Sentencing for Adultery Offences and its Implication on Women and Children: A Case Study in Sudan)

Pengarang

Abstrak

Makalah ini membincangkan kes mahkamah bagi kesalahan zina dan rogol yang berlaku di Sudan. Kaedah pembuktian bagi kesalahan zina yang dibuat menerusi bukti kehamilan seseorang wanita tanpa disokong oleh bukti lain telah meletakkan wanita dalam situasi yang boleh dianggap sebagai kurang adil kerana dianggap melakukan zina, walhal berkemungkinan dirogol. Pengkategorian kesalahan rogol sebagai salah satu bentuk kesalahan zina dan pendekatan mahkamah yang menggunakan kaedah pembuktian yang sama, iaitu mengemukakan empat orang saksi menyebabkan perogol terlepas daripada hukuman. Cadangan agar jenayah rogol dikategorikan sebagai salah satu kesalahan takzir dan menghadirkan empat orang saksi diubah kepada menerima pakai kaedah pembuktian ujian DNA, keterangan mangsa dan laporan perubatan agar perogol menerima hukuman berat yang setimpal dengan kekejaman terhadap mangsa bagi menyelesaikan kes rogol di Sudan.

Kata kunci: mahkamah, undang-undang jenayah, rogol, zina

Biografi Pengarang

  • Muhammad Hafiz Mohd. Shukri, Universiti Malaysia Sarawak

    Fakulti Ekonomi dan Perniagaan

  • Dilah Tuah, Universiti Malaysia Sarawak

    Fakulti Pengajian Bahasa dan Komunikasi

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2016-07-01