Kewajipan Menanggung Nafkah Anak Tak Sah Taraf: Satu Kajian Kes di Kedah
(The Duty to Provide Maintenance to Illegitimate Children: A Case Study of the State of Kedah)
Abstrak
Makalah ini membincangkan hak material wanita Muslim selepas perceraian di tiga wilayah selatan Thailand yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Wilayah dan mahkamah kadi melalui Akta Pemakaian Undang-undang Islam 1946 di Wilayah Pattani, Yala, Narathiwat dan Setul. Makalah ini juga menganalisis pemahaman wanita Muslim terhadap tuntutan yang boleh dibuat selepas perceraian seperti mutaah, nafkah idah, mahar dan hadanah yang hanya boleh dilaksanakan jika disertai dengan bukti. Peruntukan yang terdapat dalam akta ini mempunyai persamaan dengan peruntukan undang-undang yang terdapat di Malaysia.
Kata kunci: Majlis Agama Islam Wilayah, mahkamah kadi, hak material, wanita Muslim, empat wilayah selatan Thailand
