Prinsip Hak Asasi Manusia menurut Undang-undang Antarabangsa dan Hukum Syarak: Suatu Perbandingan
(Human Rights Principles According to International Law and Syariah Perspectives: A Comparison)
Abstrak
Makalah ini menggunakan pendekatan perbandingan untuk menganalisis empat hak sivil dan politik, iaitu kebebasan diri, kebebasan beragama, kesamarataan gender dan kebebasan bersuara dari perspektif undang-undang antarabangsa dan hukum syarak. Analisis mendapati undang-undang negara yang bersifat sekular sangat jelas berbeza daripada hukum yang berasaskan agama. Hukum syarak mengandungi batasan dan larangan (untuk tidak berbuat dosa) yang tidak diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. Hasil kajian mendapati hanya hak kebebasan diri mempunyai persamaan antara kedua-dua undang-undang ini.
Kata kunci: hak asasi manusia, undang-undang antarabangsa, hukum syarak, kebebasan diri, kebebasan beragama, kesamarataan gender, kebebasan bersuara
