Memperkasakan Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Manusia di Malaysia
(Increasing the Protection of Human Trafficking Victims in Malaysia)
Abstrak
Jenayah pemerdagangan manusia merupakan suatu jenayah rentas sempadan yang paling pesat berkembang di seluruh dunia berbanding dengan penyeludupan senjata dan dadah. Fenomena ini mendorong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memperkenalkan konsep "3P" melalui Protokol untuk Mencegah, Menyekat dan Menghukum Pemerdagangan Orang terutama Wanita dan Kanak-kanak yang memfokuskan pencegahan jenayah dan perlindungan mangsa pemerdagangan manusia, dan pendakwaan pesalah. Konsep ini menjadi rujukan utama dalam usaha memberikan perlindungan kepada mangsa pemerdagangan manusia, meskipun Malaysia tidak menandatanganinya kerana Malaysia adalah antara negara yang dinilai pencapaiannya dalam Laporan Pemerdagangan Orang (Trafficking in Persons (TIP)) sejak tahun 2001 hingga kini. Dengan menggunakan kaedah kajian doktrin, artikel ini mengenal pasti tanggungjawab antarabangsa yang perlu dipatuhi. Kajian mendapati meskipun Malaysia mengadaptasi beberapa langkah penting untuk mematuhi rangka kerja antarabangsa tersebut, penambahbaikan berdasarkan prinsip "3R", iaitu penyelamatan, pemulihan dan pengintegrasian semula perlu dilakukan demi memberikan perlindungan yang lebih berkesan kepada mangsa pemerdagangan manusia.
Kata kunci: pemerdagangan manusia, konsep "3P", hak mangsa, Malaysia, TIP
