Kaedah Pembuktian dalam Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia: Suatu Kajian Perbandingan

(A Comparative Study Between the Law of Evidence Used in the Syariah Court And the Civil Court in Malaysia in the Context of Methods of Proof and Shariah Law)

Pengarang

  • Suhaizad bin saifuddin Universiti Kebangsaan Malaysia image/svg+xml
  • Ruzian Markom Universiti Kebangsaan Malaysia image/svg+xml
  • Mohd Munzil Muhamad Universiti Multimedia

Abstrak

Artikel ini melihat aspek persamaan dan perbezaan antara enakmen keterangan mahkamah syariah, iaitu Akta Keterangan Mahkamah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan 1997 (Akta 561) dengan Akta Keterangan 1950 (Akta 56) yang diguna pakai di mahkamah sivil dalam konteks kaedah pembuktian, serta membandingkan implikasi yang wujud hasil proses adaptasi dan harmonisasi. Kajian yang bersifat kualitatif ini mengaplikasikan instrumen analisis kandungan terhadap peruntukan undang-undang, selain menggunakan kaedah temu bual. Hasil kajian mendapati terdapat tujuh kaedah pembuktian yang diperuntukkan di bawah Akta 561 dan lima daripadanya diadaptasi daripada Akta 56, sementara pemakaian qarinah pula dilihat berbeza dari perspektif syarak. Oleh itu, proses adaptasi dan Islamisasi dalam enakmen keterangan mahkamah syariah menimbulkan beberapa isu berbangkit, terutama yang berhubung dengan kaedah pembuktian yang perlu dihalusi supaya menjadi suatu rujukan yang lebih lengkap dan komprehensif untuk diguna pakai di mahkamah syariah.

Kata kunci: pembuktian, kaedah pembuktian, enakmen keterangan mahkamah syariah, Akta Keterangan 1950

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2019-01-11