Kuasa Parlimen Menggubal Akta Profesion Guaman Syarii: Analisis Peruntukan Perlembagaan Persekutuan

(The Power of Parliament to Legislate Syariah Legal Profession Act: Analysis of the Provisions of the Federal Constitution)

Pengarang

Abstrak

Profesion kepeguaman di mahkamah syariah merupakan profesion penting yang menyumbang kepada pemerkasaan mahkamah syariah. Oleh itu, dalam usaha memperkasakan mahkamah syariah, profesion guaman di mahkamah tersebut juga hendaklah ditambah baik dari semasa ke semasa. Antara cadangan penambahbaikan termasuklah menggubal akta khusus yang berkaitan dengan profesion ini oleh parlimen. Namun begitu, pengasingan kuasa antara kerajaan persekutuan dengan negeri menjadi isu besar. Persoalannya adakah parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal akta tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hal ehwal kepeguaman di mahkamah syariah terletak dalam Senarai Negeri dan menjadikan Dewan Undangan Negeri sebagai badan perundangan yang kompeten dalam hal yang berkaitan dengan profesion guaman di mahkamah syariah. Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan dicadangkan sebagai peruntukan yang membuka ruang kepada parlimen untuk menggubal akta tersebut, namun kuasa eksekutif kekal terletak haknya kepada negeri. Kesannya, akta berkaitan hanya terpakai di negeri sekiranya Dewan Undangan Negeri meluluskan undang-undang untuk menerima pakai akta itu.

Kata kunci: guaman Syarii, mahkamah syariah, sistem persekutuan, hal ehwal Islam

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2019-07-01