Analisis Perbandingan Kesalahan dan Hukuman Berkaitan dengan Zakat dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-negeri di Malaysia

(Comparative Analysis of Offences and Punishments Related to Zakat in the Syariah Criminal Offences Enactment of the States of Malaysia)

Pengarang

Abstrak

Enakmen negeri merupakan suatu set undang-undang yang digubal dan diluluskan pada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Malaysia. Artikel ini bertujuan menganalisis kesalahan dan hukuman berkaitan dengan zakat berdasarkan enakmen negeri dengan meneliti pentadbiran dan pengurusan zakat di Malaysia, undang-undang bertulis, iaitu perlembagaan, enakmen dan undang-undang subsidiari, serta kajian sejarah perundangan zakat di Malaysia. Kajian yang dilakukan bersifat kualitatif dan menggunakan kaedah kajian sejarah dan kajian perbandingan. Dapatan kajian dianalisis menggunakan teknik deskriptif, iaitu jadual dan carta, serta analisis berbentuk nisbah dan kadar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujudnya perbezaan dari segi kesalahan dan hukuman antara enakmen kesalahan jenayah negeri-negeri di Malaysia.

Kata kunci: zakat, enakmen, Majlis Agama Islam Negeri, undang-undang syariah

Biografi Pengarang

  • SITI NABILAH SULAIMAN, Siti Nabilah, Universiti Utara Malaysia

    Post Graduate Student,

    Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business

    UUM College of Business

    Universiti Utara Malaysia

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2019-01-11