Kerangka Asas Undang-undang Pentadbiran Slot Lapangan Terbang di Malaysia

(A Basic Legal Framework Concerning the Administration of Airport Slots in Malaysia)

Pengarang

  • Noradura Hamzah Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur
  • Safinaz Mohd Hussien Universiti Kebangsaan Malaysia image/svg+xml
  • Mahmud Zuhdi Mohd Nor Prince Mohammad bin Fahd University, Al Khobar, Arab Saudi

Abstrak

Slot lapangan terbang merujuk proses melakukan pendaratan atau perlepasan bagi sesebuah pesawat udara yang perlu ditadbir untuk memastikan lapangan terbang berupaya menerima pendaratan dan perlepasan, terutamanya apabila terdapat banyak permintaan daripada pengendali pesawat udara pada sesuatu masa. Peruntukan slot di Malaysia bergantung pada Garis Panduan Slot Dunia (GPSD) yang diperkenalkan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa. Walau bagaimanapun, peruntukan tersebut tidak dikanunkan sebagai suatu peruntukan undang-undang. Oleh itu, artikel ini akan mengkaji sejauh manakah peraturan GPSD mengikat sistem pentadbiran peruntukan slot di Malaysia menggunakan kaedah perbandingan undang-undang. Hasil kajian mendapati masih terlalu banyak kelompangan dan kekurangan dalam undang-undang yang berkaitan dengan pengurusan slot. Model GPSD yang diguna pakai pada masa ini tidak dinyatakan secara statutori dalam Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (ASPM) 2015 atau mana-mana peruntukan undang-undang yang mentadbir sektor penerbangan. Pada masa yang sama, pemakaian peruntukan undang-undang persaingan dalam pengurusan persaingan juga perlu diperjelas.

Kata kunci: undang-undang antarabangsa, undang-undang sektor penerbangan, slot lapangan terbang

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2019-01-11