Konsep Hak Asasi Manusia Orang Kurang Upaya di Malaysia: Suatu Analisis

(Basic Human Rights for Persons with Disabilities in Malaysia: An Analysis)

Pengarang

  • Ikmal Hisham Md Tah Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang, Kampus Raub.
  • Khairil Azmin Mokhtar Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Abstrak

Banyak perbahasan tentang prinsip perundangan tanah air mengabaikan konsep kedaulatan yang dijunjung oleh Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, makalah menghuraikan konsep kedaulatan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 181(1) Perlembagaan Persekutuan berasaskan kerangka peribumi. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sejarah perundangan. Data terkumpul terdiri daripada sumber primer, sekunder dan temu bual. Hasil kajian mendapati kedaulatan raja-raja Melayu yang berteraskan ajaran Islam tidak pernah terhapus. Pentafsiran tersebut menghuraikan kedudukan sebenar kedaulatan raja-raja Melayu dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, prinsip perundangan dan pelaksanaan sistem politik di Malaysia hendaklah selaras dengan konsep kedaulatan yang diwarisi.

Kata kunci: kedaulatanperibumi, kerangkaperibumi, kedaulatan raja-raja Melayu, kedaulatan Malaysia, Perkara 181(1) Perlembagaan Persekutuan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2018-01-01