Pampasan Ganti Rugi Mangsa Kemalangan Jalan Raya: Ke Arah Mengintegrasikan Diyat dengan Insurans di Malaysia
(Compensation for Victim of Road Traffic Accident:Towards an Integration of Diat and Insurance in Malaysia)
Abstrak
Kemalangan jalan raya merupakan suatu bencana akibat kecuaian ketika pemanduan. Akibatnya, berlaku kecederaan fizikal dan kerugian harta benda. Akta Pengangkutan Jalan 1987 mewajibkan setiap pemilik kenderaan untuk memiliki polisi insurans bagi melindungi mereka dan pihak terbabit daripada sebarang kerugian. Namun, terdapat juga pihak yang terlibat dalam kemalangan tidak layak mendapat ganti rugi. Timbul persoalan bagaimanakah pengiraan ganti rugi dibuat berdasarkan polisi insurans dan undang-undang yang mengatur kemalangan jalan raya di Malaysia. Artikel ini menganalisis kemungkinan prinsip diat selaku pampasan yang boleh diserap ke dalam kerangka pengenaan ganti rugi berdasarkan kedudukan insurans sebagai 'aqilah. Kajian dilakukan menggunakan analisis teoretikal. Kajian mendapati syarikat insurans dan polisi insurans kenderaan motor menepati tafsiran 'aqilah. Dari segi kuantum pampasan, didapati nilai diat lebih tinggi daripada apa-apa yang ditetapkan oleh sistem takaful atau insurans dan Compendium of Personal Injury Awards 2014. Juga dicadangkan agar satu dana permotoran ditubuhkan bagi membolehkan mangsa yang tidak dilindungi oleh insurans mendapat ganti rugi.
Kata kunci: diat, insurans, pampasan, risiko, perlindungan
