Penyimpanan DNA Pesalah Kanak-kanak di Malaysia: Penilaian Semula Hak Asasi Kanak-kanak

(DNA Retention of Child Offenders in Malaysia: Implications on the Basic Rights of Children)

Pengarang

Abstrak

Sejarah penubuhan bank data Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) telah menunjukkan bahawa penggunaan keterangan DNA menjadi sangat penting di kebanyakan negara, termasuk Malaysia kerana telah banyak membantu proses keadilan jenayah, iaitu sebagai alat mencegah dan menyelesaikan kes jenayah. Makalah ini membincangkan isu berkaitan dengan penyimpanan DNA di dalam Bank Data DNA Forensik Malaysia dengan memfokuskan hak privasi, jenis kesalahan dan tempoh masa penyimpanan DNA pesalah kanak-kanak dalam konteks negara Malaysia. Hasil kajian mendapati penyimpanan DNA kanak-kanak tanpa had masa bertentangan dengan prinsip "Kepentingan Terbaik Kanak-kanak" dalam perkara 3 Konvensyen Hak Kanak-kanak atau Convention on the Rights of Child (CRC) kerana mencabuli hak asasi kanak-kanak.

Kata kunci: Akta Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2009, penyimpanan DNA, jenayah, privasi, kanak-kanak

Biografi Pengarang

  • Mohd Munzil Muhamad, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Fakulti Undang-Undang

    Universiti Kebangsaan Malaysia

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2017-02-08