Badan Sokongan Keluarga Membantu Anak Selepas Perceraian: Keberkesanan, Cabaran dan Perbandingan dengan Amalan Negara Maju

(Family Support Division in Helping Children after Divorce: Extent of Effectiveness, Challenges and Comparison with the Practice of Developed Countries)

Pengarang

  • Roslina Che Soh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia image/svg+xml
  • Nurhidayah Muhammad Hashim Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Mohd. Na'im Mokhtar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Abstrak

Isu tuntutan nafkah dan penguatkuasaan Perintah Nafkah yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah sering menjadi rungutan dalam kalangan wanita selepas berlaku perceraian. Walaupun boleh dikatakan Undang-undang Keluarga Islam mempunyai peruntukan undang-undang yang terperinci tentang nafkah tetapi masih terdapat kelemahan yang ketara dalam penguatkuasaan perintah nafkah, terutama apabila bekas suami atau bapa yang diputuskan bertanggungjawab membayar nafkah gagal memberikan kerjasama atau cuai. Makalah ini menilai keberkesanan peranan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), mengetengahkan masalah penguatkuasaan perintah nafkah anak selepas perceraian dan menyentuh amalan beberapa negara maju sebagai perbandingan untuk menambah baik BSK.

Kata kunci: nafkah anak, mahkamah syariah, Bahagian Sokongan Keluarga, penguatkuasaan, negara maju

Biografi Pengarang

  • Roslina Che Soh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

    Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim

  • Nurhidayah Muhammad Hashim, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

    Akademi Pengajian Islam Kontemporari

  • Mohd. Na'im Mokhtar, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2017-07-01