Mengenai Jurnal
Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia merupakan jurnal berwasit (penilaian secara double-blind) yang diindeks dalam MyJurnal dan MyCite yang diterbitkan dua kali setahun, iaitu pada bulan Januari dan Julai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Terbitan pertama bermula pada bulan Disember 1989.
Makalah yang dimuatkan dalam jurnal ini tertumpu pada kajian undang-undang terkini yang dilaksanakan oleh ahli akademik dari dalam dan luar negara, tentang undang-undang Malaysia sivil dan syariah, termasuk kajian perbandingan undang-undang Malaysia dengan undang-undang negara lain. Aspek undang-undang yang kurang kajiannya dalam bahasa Melayu akan diberikan keutamaan. Jurnal ini menerbitkan makalah yang terpilih dan bermutu dengan rujukan yang berwibawa. Selain itu, jurnal ini turut menyediakan padanan tajuk, abstrak dan kata kunci dalam bahasa Inggeris bagi setiap makalah yang diterbitkan.
Jejak Rekod Jurnal
1989: Diterbitkan secara bercetak
2010: Diterbitkan secara digital (abstrak sahaja)
2014: Diterbitkan secara ditigal sepenuhnya
2015: Diindeks oleh MyJurnal
2018: Diindeks oleh MyCite
